Showing posts with label RINA. Show all posts
Showing posts with label RINA. Show all posts

Friday 14 March 2014

Allah Sebaik-baik Perancang

Petang ni masih ade darah keluar lg dan kali ni darah merah..aku yakin ni mmg darah period walaupun aku harap ia bukan period..hati masih berharap agar iui aku kali ni berjaya..tp siapalah aku untuk menidakkan urusan Allah SWT..

Aku rasa iui kedua aku akan gagal lagi..hanya tgu masa utk heavy flow je..sekarang perut masih sakit dan memulas2..sedih memang aku sedih sgt2..aku dh nangis2 pg td bukan sebab aku tak bole terima hakikat tp aku sedih sbb bila kita dh usaha tp masih belum rezeki kita utk berjaya..serius aku rs mcm dh putus asa..

Mungkin belum masa yg sesuai lg utk aku bergelar ibu..kadang2 kita rs yg kita dh bersedia tp Allah yg tahu segala-galanya..ada sebab kenapa Allah belum mengizinkn lg usaha yg aku lakukan..mungkin Allah nk bg rezeki lain dulu..nanti dh tiba masa yg sesuai Allah akn makbulkan doa hambaNya..aku patut bersyukur dan terus berdoa..bkn putus asa..aku kna kuat dan tabah..

Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Apa sahaja dugaan dan ujian pasti ada hikmah disebalik kejadian..Allah bagi musibah kepada hambaNya supaya hambaNya akn lbh mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa..

InsyaAllah jika iui kedua ni x berjaya aku akn teruskn iui ketiga..usaha perlu diteruskan disamping doa tanpa henti..


Tuesday 24 December 2013

Kenangan....





Hanya tengok picture ni je yg boleh sejukkan hati...tinggal kenangan...entah bila aku dapat kenangan yg macam ni lagi..

Tahniah...Anda Hamil

Wahhhh...seronoknye kalu ayat ni untuk aku...tapi ermm...bukan..bukan..ni untuk kawan2 aku dalam 5 orang yg baru dapat berita masing2 preggy...alhamdulillah aku tumpang gembira untuk mereka..

Aku? Masih begini..belum diberikan rezeki untuk aku lagi..aku harus kuat terima ujian ini..aku tak boleh cemburu atas kehamilan orang lain..tapi orang lain yg cemburu tengok aku dlm keadaan begini...berdosakah aku jika aku masih belum bergelar ibu? Ohhh...mulut korang memang tak boleh blahhhh...hanya mampu berdoa saje agar diberi petunjuk untuk korang sedar akan ape yg telah korang lakukan..

Bila aku tengah dalam keadaan kuat dan sabar camni, ada pertanyaan yang menyakitkan hati..ape lagi yg aku mampu buat? Tadah je lah telinga nih..terima je ape korang nak ckp..klu korang faham perasaan hati org lain korang tak akan berbuat sedemikian..jaga la hati org lain walaupun sekelumit..

Ya, Allah Ya Tuhanku..Kau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada hambaMu ini..sesungguhnya aku adalah insan yang lemah..

Friday 20 December 2013

Minum lagi..















Stok buah zuriat banyak lagi..semalam aku mintak husband belah lagi 2 biji..nak sambung balik minum air rebusan buah zuriat..dah sebulan stop..kali ni kena betul betul konsisten..

Sepatutnya bulan ni aku kena start on clomid dan tvs..tapi aku nak cuba naturally dulu..tahun depan baru nak start cycle baru..hujung tahun nak rest dari cucuk2 nih..hihi..rest sbln jer..lagipun baru abis period..try sendiri tuk bln nih.mana tau kan Allah nak bagi rezeki..


Monday 16 December 2013

10 TANDA HAMIL

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...TAHNIAH!
 
 
Credit : Senang Hamil

Tuesday 10 December 2013

Period jugak akhirnya !

Aku tunggu period dah lame..igtkan xnak dtg dh..sejak kes gugur 29/10/2013 aritu aku dh kira2 akan period dalam 29/11/2013. Tp sebabkan period aku dh x betul jadi aku biarkan je tanpa fikir ape2..

Dan semalam 9/12/2013 akhirnya kawan baik aku dtg jugak..patut la perut aku memulas je..dan kali ni aku tak senggugut macam biasa..takdelah senggugut teruk tu..biasa2 je..

Aku rs ni mungkin sebab aku konsisten minum pati delima gulshan sejak kes gugur tempoh hari..semoga ade sinar untuk aku lepas ni..insyaAllah...aminnn...

Tuesday 26 November 2013

PCOS..?













Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS) adalah masalah ketidakseimbangan hormon wanita yang mengakibatkan kedatangan haid tidak teratur, sukar hamil, peningkatan hormon lelaki(androgen) dan jika tak rawat boleh timbul masalah kesihatan lain seperti diabetis dan masalah jantung..

Sebab tu jika kita disahkan sorang yang pcos..doktor akan suruh minum air gula dan mengambil sample darah dan air kencing..gejala pcos ni boleh berlaku pada usia remaja dan 1 dalam 15 org wanita..gejala pcos hya perlu rawatan utk mengawal gejala ni daripada berterusan dan mencegah masalah kesihatan lain dlm jangka masa pjg..

Pcos ni tak dapat diketahui macam mana boleh berlaku. Hormon dlm badan jadi tak seimbang dan lebih hormon lelaki. Ini menyebabkan proses ovulasi terhenti dan tumbuh bulu yg berlebihan. Antara tanda2 pcos mcm haid tak teratur, masalah jerawat dan pigmentasi, keguguran rambut dan tekanan.

Wanita yg pcos sukar hamil kerana ovari membengkak disebabkan ovum terperangkap didalamnya dan tak mampu nak menetas pada waktu subur..jadi sukar tuk tentukan bila wanita tu dalam keadaan subur..tapi ada juga penghidap pcos yang berjaya hamil sama ada secara rawatan kesuburan atau semulajadi..

Telur yg tak menetas akan berkumpul di sekeliling ovari dan boleh dikenali sbgai cyst. Penghidap pcos juga mengalami masalah berat badan berlebihan disebabkan metabolisme rendah. Jadi cara nak rawat, kena lah rajin bersenam, jaga pemakanan, tidak merokok dan kawal berat badan.

Jika anda rasa ada tanda2 pcos perlu segera jumpa doktor dan jgn biarkan masalah ni berlarutan hingga membelenggu diri kerana boleh mendatangkan tekanan perasaan yg serius..kunci utama dalam langkah rawatan pcos ni ialah senaman dan pemakanan yg sihat..

Monday 25 November 2013

Melancong Ketika Hamil



Melancong ketika hamil nyata berbeza dengan percutian biasa dilakukan sebelum ini. Selain meraikan kegembiraan bakal menimang cahaya mata, bercuti ketika hamil sering dikatakan peluang terakhir untuk anda dan pasangan berdua-duaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Melancong ketika hamil memberi ketenangan kepada si ibu, sekali gus memberi pengaruh baik kepada bayi dalam kandungan.

Namun, bagi ibu mengandung yang ingin bercuti, perancangan percutian yang lebih fleksibel amat dituntut.

Bercuti di dalam atau luar negara tetap memerlukan ketelitian dalam perancangan dan punya banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

Tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda bakal ibu yang ingin bercuti sambil merehatkan diri di destinasi idaman.


Berjumpa doktor anda

Lakukan pemeriksaan dan tanyalah doktor sama ada keadaan kehamilan memungkinkan anda bercuti. Bagi tahu doktor mengenai perjalanan yang dirancang dan minta dia membuat surat rujukan mengenai keadaan kandungan anda.

Dokumen itu boleh digunakan bila-bila masa sepanjang anda bercuti atau ketika menaiki kapal terbang.

Kehamilan bukanlah penghalang untuk anda menaiki kapal terbang, namun ramai yang risau. Justeru, tanya juga keadaan kandungan anda berkaitan dengan tekanan udara rendah atau tinggi saat menaiki kapal terbang.

Jangan lupa bawa buku kehamilan anda. Selain laporan doktor, buku itu sangat berguna jika anda mengalami sebarang masalah dan perlu pemeriksaan doktor.


Periksa penerbangan anda

Kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan syarat-syarat penerbangan buat wanita hamil. Justeru, periksa kembali syarikat penerbangan anda untuk memastikan anda boleh mengikuti penerbangan itu.

Namun, kebanyakannya tidak membenarkan wanita hamil mengikuti penerbangan jika kandungan mencecah 35 minggu.

Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan daripada doktor selain mengisi satu surat akuan.

Apa yang pasti, semua syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita hamil pada bulan terakhir menaiki pesawat.


Perjalanan menggunakan kereta

Jika anda menaiki kereta saat bercuti, rancang perjalanan yang dekat dan singkat. Pastikan anda berhenti untuk mendapatkan rehat yang banyak dan melunjur kaki ketika berehat.

Jika perjalanan anda mengambil masa lebih empat jam, banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan tidak baik untuk kesihatan.

Anda juga mungkin boleh mengalami kekejangan dan risiko lainnya. Justeru, pastikan anda berhenti berehat di sepanjang perjalanan.


Pengambilan vaksinasi perjalanan

Saat bercuti di luar negara, ramai yang tertanya-tanya adakah ketika hamil boleh mengambil vaksin perjalanan?

Doktor pasti tahu vaksin apa yang anda perlukan di negara yang dituju dan selamat diambil semasa hamil.

Namun, cara terbaik ialah jangan kunjungi negara di mana vaksinasi diperlukan semasa anda hamil.

 
Jaga pemakanan

Walaupun tujuan anda bercuti adalah untuk bersantai dan meraikan keseronokan bakal bergelar ibu, banyak yang perlu anda fikir sepanjang bercuti terutama makanan.

Walaupun anda sedang bercuti, anda masih lagi boleh makan dengan baik dengan memperhatikan setiap zat makanan yang dimakan sepanjang bercuti.

Bawa banyak snek seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin dalam beg galas anda supaya anda tidak akan merasa loya atau hendak pitam jika lambat makan.

Hindari minuman berkarbonat dan makan makanan yang boleh membuang angin supaya anda akan sentiasa selesa sepanjang perjalanan.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit serta meneruskan pengambilan makanan yang baik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.


Banyak minum air kosong

Adalah penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat ketika hamil. Oleh itu, mengambil air kosong atau mineral sepanjang bercuti adalah sangat digalakkan.

Ini kerana, pengambilan air yang banyak dapat mengelakkan kekurangan badan dalam air terutama terlalu lama terkena penghawa dingin.

Selain itu, dengan meminum air kosong atau mineral yang banyak juga dapat membantu anda untuk lebih sihat dan ceria sepanjang percutian.


Pakaian yang sesuai

Memakai pakaian yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju adalah perkara utama yang dititikberatkan semasa melancong.

Dengan itu, pakailah pakaian yang longgar, selesa dan dapat menyerap peluh dengan baik kerana anda akan lebih ceria serta selesa berkunjung ke mana-mana dengan pakaiana yang bersesuaian.

Kasut atau sandal yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil dan elakkan menggunakan kasut tumit tinggi.

Kasut rata dengan sokongan untuk tulang belakang adalah pilihan kasut yang sangat tepat. Dengan kasut yang sesuai, anda boleh menikmati keindahan tempat yang dilawati dan sudah pasti kaki anda tidak kebas atau sakit.

Penggunaan sarung kaki khas yang dapat membantu pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru juga pasti menambahkan keselesaan anda sepanjang bercuti.




Aktiviti yang perlu dielakkan

Ketika hamil, banyak aktiviti menyeronokkan yang tidak sesuai dengan keadaan diri dan perlu dielak saat melancong.

Aktiviti yang boleh menyebabkan anda terjatuh seperti meluncur salji, menunggang kuda, luncur air, luncur angin dan mendaki perlu dielakkan.

Selam skuba dan sukan bertekanan perlu dielakkan kerana buih udara boleh terbentuk dalam salur darah anda dan disalurkan kepada bayi.

Selain itu, elakkan juga permainan “roller coaster” dan gelungsur air di taman tema. Pendaratan kuat dan kecepatan atau kelambatan secara tiba-tiba tidak baik untuk anda.

Baik juga anda lupakan sementara kolam air panas dan sauna kerana kepanasan yang keterlaluan tidak baik untuk bayi.
 
Selamat bercuti!








Sumber : Harian Metro 25/11/2013

Senaman Ketika Mengandung

Senaman ideal

Senaman yang ideal akan mengepam jantung, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin, tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada ibu atau bayi.

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan serta tidak merbahaya boleh dilakukan pada peringkat awal. Namun, mungkin wanita hamil perlu mengubah rejim senaman apabila mereka sarat mengandung.

Lebih baik jika elakkan daripada aktiviti yang boleh mendedahkan kita kepada risiko tergelincir dan terjatuh seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski.

Beberapa senaman di bawah agak agak selamat untuk ibu mengandung walaupun ada antaranya mungkin tidak sesuai dilakukan ketika memasuki bulan terakhir kehamilan.

Untuk keselamatan diri dan kandungan, rujuk kepada doktor terlebih dulu sebelum memulakan salah satu aktiviti dinyatakan di bawah.


Berjalan

Ia sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil. Berjalan mengekalkan kecergasan tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki.
Ia selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dijadikan aktiviti seharian.


Renang

Pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung.

Renang ternyata aktiviti yang ideal kerana ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun berat badan semakin naik akibat kehamilan.


Kelas senaman air

Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki yang menjadi perkara biasa lewat usia kehamilan.

Namun, sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia. Justeru, mungkin ibu hamil tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.


Yoga dan regangan

Ia dapat membantu mengekalkan kepantasan otot dan membuat anda fleksibel tanpa kesan buruk ke atas sendi.

Namun, ibu hamil mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin yang menyebabkan ligamen lebih elastik.

Jangan terlalu lama mengekalkan gerakan regangan atau cuba membina fleksibiliti secara keterlaluan.


Pilates

Ia satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibiliti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan serta pernafasan dan otot.

Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali sebagai “teras stabil” atau asas.

Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam kerana gerakannya mensasarkan perut dan lantai otot pelvik. Sememangnya otot berkenaan boleh menjadi lemah semasa mengandung dan senaman Pilates boleh dimanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi “tangan dan lutut”. Posisi berkenaan adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung.

Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis pada peringkat akhir kehamilan selain boleh membantu meletakkan bayi dalam posisi baik untuk bersalin.


Senaman angkat berat

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian, tiada sebab untuk berhenti. Namun ketika hamil kita perlu mengelakkan daripada menggunakan besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika ibu hamil mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik betul, senaman berat badan cara yang baik untuk membantu menguatkan otot.

Elakkan aktiviti panas badan yang keterlaluan, keletihan dan kurangkan aktiviti ini apabila kandungan kian membesar.


Tarian

Jantung dapat mengepam dengan baik jika kita menari menggunakan muzik latar kegemaran dalam keadaan selesa.

Namun, elakkan pergerakan yang memerlukan kita melompat, memutar atau menggoyangkan punggung. Teknik sememangnya penting justeru, elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.


Aerobik berimpak rendah dan fitball

Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah ia membantu kita tahu bersenam dengan baik.

Jika menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang yang sama seperti anda dan mendapat keyakinan setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.











Sumber : Harian Metro 25/11/2013 

Jom Try Minum Air Daun Bunga Raya !!

Assalamualaikum...

Info ni aku dapat dari kawan aku yang pernah cuba usaha ni dan alhamdulillah berjaya hamil..

Cara- cara :

1. Ambil daun bunga raya merah
2. Basuh daun dengan air suam
3. Rendamkan daun bunga raya dengan air suam sampai bersih
4. Blend daun bunga raya tadi dengan air suam agak2 air boleh dapat setengah gelas
5. Tapis bahan blend tadi cuma ambil airnya sahaja
6. Selawat, niat, doa dan terus minum


Boleh diminum sebelum period...

Semoga usaha kita diberkati Allah swt..In sha Allah...aminn..

Saturday 23 November 2013

10 tahun kahwin tanpa zuriat

Pagi tadi dalam kelas ada sorang budak india tanya aku dah kawin ke belum..aku jawab la dah..pastu dia tya lagi dah berapa orang anak..aku jawab masih belum ada lagi.. so dia igt aku baru kawin..

Aku bgtau dia yang aku dah lima tahun kawin..sedih sbb belum ada ank lagi .budak india ni senyum aje..dia pyn citer la makcik dia dah 10 tahun kawin baru dapat anak..aku tya dia buat macam mana sampai berjaya..

Budak ni ckp makcik dia guna lumiglow...tiap2 mln sapu kat perut..aku pun teruja la dengar kan..dan dia ckp makcik dia selalu berdoa kat tuhan dia..

Lumiglow ni aku dah tau sebelum ni melalui fb senang hamil...banyak jugak testimoni yg dh berjaya..harga kalu tak silap RM 150++...krim sapu kat perut je..memang kegunaan lumiglow ni byk seperti untuk lancarkan period dan sebagainya..produk ni juga bergantung pada ketahanan badan seseorang..ada yang serasi dan ada juga yang alegik..kulit jadi gatal2..tapi kalu gune lumiglow ni kena minum air yang banyak...

Dah macam2 produk dipasaran kan yang berfungsi untuk kesuburan dan kehamilan..cuma atas kita sebagai pengguna untuk membuat pilihan yang tepat..terpylang pada diri sendiri nak yang mana..pilih dan bayar je..

Friday 22 November 2013

Produk Shaklee : GLA Complex















Sekarang ni ramai orang guna produk shaklee kan..macam produk shaklee dengan pelbagai fungsi dan kegunaan..dan ramai jugak orang mulakan perniagaan dengan menjadi ahli dan pengedar..kawan2 aku pun ramai dah jadi independent distrubutor..untung madyukk katanya..itu kalu aktif la kalu yang duk menunggu je tanpa buat apa2 promisi memang camtu je lah...

Aku di promote oleh kawan aku supaya mencuba GLA Complex..katanya memang baik dan bagus untuk kesuburan..aku cuba google pasal produk ni nak tau jugak tahap keberkesanannya..banyak jugak testimoni yang berjaya hamil dengan mencuba produk nih..

Antara kelebihan produk ni ialah :

1. Menjadikan kulit cantik dan berseri seri
2. Memperlahankan proses penuaan
3. Membantu mengatur kitaran haid
4. Meningkatkan tahap kesuburan
5. Mengawal PMS
6. Mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol

Aku? In sha Allah akan ku cuba guna produk nih nanti..usaha kan kena lah pelbagaikan..suplimen ni memang baik untuk diri kita..jangan risau produk ni memang diyakini halal..chewaah macam nak promosi pulak gaya nya kan..hihi

Doktor Call...

Tengah asik duk jemur kain tiba2 hp aku berbunyi..ingatkan husben aku yang call la sebab memang dah jadi kebiasaan dia call aku pagi bila dah sampai ofis..aku pun buat biasa aje lah tak de lah sampai nak berlari tergesa gesa nak pick up call kan..buat lambat2 je lah..

Pastu tengok2 rupanya doktor aku yang buat rawatan iui tu call aku..wahhh...special ko...eh dah knape doktor call aku nih..ada apa2 berita baik lagi gumbira nk bgtau aku ke..hihi...

Rupa2 nya doktor nak awalkan appoinment aku..ohhh igtkn ape lah tadi kan? Actually aku pye appoinmen 3/12/2013 tapi doktor awalkan ke 26/11/2013..mak aii minggu depan lah..memang nurse ada bgitau aku sblm ni kalu 1st iui aku tak berjaya doktor nak buat lagi..aku ikutkan aje dah memang kita nak zuriat kan..

Aku tak nak tggu lama2 lepas gagal iui yang pertama tempoh hari..kalu boleh arini gagal esok terus buat...haaaa...gelojoh kauuu...memang tak dapek la mak cik oiii...hihihi

So aku dengan gembiranya dan tak sabar nak ulang balik proses rawatan iui tu untuk kali kedua..walaupun sakit aku tetap tabahkan dan kuatkan mental dan fizikal aku demi mencapai hasrat bergelar ibu..fuyyoooo..poyo je aku ni kan? Haha...wat everrrr....kikiki

Aku harap minggu depan ada good news untuk aku..in sha Allah...

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku..Kau perkenankan dan makbulkanlah doaku..Kau berikanlah aku zuriat dan janganlah Kau biarkan aku hidup tanpa waris sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik waris...Aminnn...

Wednesday 20 November 2013

Sakit Kepala

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak ni aku sering sakit kepala..sakit yang kejap2 je lah..tapi arini sakit yang amat sangat..ala2 migrain camtu la..rasa nak hantuk2 kasi pecah je kepala..nak buat smua benda pun cam tak selesa tak syok je..mood pun tak betapa nak elok..yelah kepala sakit dik oiii...

Bila kepala dah sakit..mula la nak makan ubat tapi aku tak makan pun..biarkan je..tak nak bergantung ngan ubat..selain tu aku rasa loya2nak muntah je..aikkk...jeng..jeng..jeng..

Aku tak tahu la nape aku sakit kpala..apa puncanya..maybe angin dah naik sampai kt kpala kot..yelah makan benda2 berangin..

Aku ni memang kalu sakit kepala rasa loya nak muntah..korang jgn salah faham pulak..selagi tak keluarkan ape yg ada dlm perut selagi tu la loya..bila dah muntah baru lah aku tido..tido dlm keadaan sakit tau..

Bila dah tido dah tak pikir ape dah..sok bangun tido mesti dah ok..hilang la sakit kepala aku...

Tuesday 19 November 2013

Cute kan !!














Baby ni sangat comel kan...tadi aku belek2 pasal kehamilan tup tup terjumpa gambar baby ni..tiba2 aku rasa macam nak download je..macam cute je..hihi

Hati ni memang teringin sangat nak timang anak sendiri tapi nak buat macam mana belum rezeki aku lagi..perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan..Usaha dan terus usaha serta jangan putus asa..melalui pembacaan tentang kehamilan juga tanda kita berusaha kan..

Okey lah yek..sekian...


Ovulasi

Bagi orang yang TTC macam aku ni..sgt penting utk tahu pasal ovulasi ni..apa benda ovulasi tu? Ovulasi ni ialah apabila satu atau lebih telur dilepaskan dari salah satu ovari kita.Ovulasi ni adalah hari yang paling subur dalam satu kutaran haid kita..

Kalu orang yang period regular senang nak tau bila hari ovulasi akan berlaku..tapi orang macam aku ni yang period tak regular agak sukar nak cari waktu yang betul2 subur..setiap orang tak sama hari ovulasinya tapi kalu period normal dalam tempoh 14 hari dari period tu dah boleh jangka..

Tapi walau bagaimanapun ada cara nak tau bila ovulasi nih..pertama kena guna opk..better 10 hari berturut2 dari habis period dah boleh try..bila opk dah positif tu boleh la plan bersama suami..selain tu boleh tau waktu subur bila tengok perubahan pada mukus serviks..mukus serviks ni ialah lendir yang jernih dan anjal seakan akan putih telur..ia amat baik untuk membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus.

So, sangatlah penting bagi aku untuk mengetahui bila waktu aku subur..rupanya baru aku tau..ovulasi juga boleh berlaku bila tidak period..selama ni aku igt kalu period tu ada lah ovulasinya..salah rupanya pemahaman aku..hehe

Sekian...

Sunday 17 November 2013

Minyak Habatus Sauda dan Minsyam

Assalamualaikum...

Lame aku x update blog ni kan..maklymlah membusykan diri supaya x stress fikir pasal zuriat..bkn putus asa tapi cuma nak teruskan hidup tanpa tekanan memikirkan psl anak..klu ada rezki in sha Allah...lagipun bila dh start kelas ni aku busy la ngn assignment bagai..

Tapi...tapi...ha...usaha tetap diteruskan macam biasa..kali ni aku cuba produk ni pulak..priduk ape? Ha...ni la...



















Minyak harbatus sauda ni husben aku yang beli dgn budak office dia RM 25..maksud Hadis ''tetaplah kamu dengan al habatus sauda kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi semua penyakit kecuali mati''al bukhari...

Minyak ni patut makan 1 sudu pagi dam malam..aku try spray trs dlm mulut tapi tak bole tahan nak termuntah..jadi aku titiskan dalam makanan atau minuman aje..selain tu aku jugak makan biji harbatus sauda..7 biji sehari..trs gigit camtu je..mula2 mmg x bole jugak tapi kuatkan smgt..alhamdulillah lps tu ok je..

Minyak Minsyam tu plk aku beli RM20 dari kwn aku..minyak ni aku sapu je kat perut sambil selawat ke atas Nabi dan baca doa untuk dapatkan zuriat..kita usaha dan jgn putus asa..in sha Allah mane tau kan berkat kesabaran atas usaha kita diperkenankan dan diberkati Allah swt dan makbulkan doa kita..janji kita tidak putus berdoa dan berharap kepada Allah swt..


Friday 15 November 2013

Teringin @ Mengidam

Kalau tgk tajuk fulamakkk mcm ape je kan..dh mcm org mengandung plk..hehe..mengandung ke?

Hari ni tiba2 tekak ni teringin nak makan durian..entahlah nak kate teringin sgt tu xde lah tapi klu x dpt rs semacam ke..keinginan yg membuak buak..tapi aku takut dan x berani lg nk mkn durian ni..maklumlah skrg kan tgh berttc..jd pemakanan harus lah aku jg kan..tp..ehhh bape byk tp laaa..haha

Durian boleh je mkn kan walaupun kita dlm proses berttc ek..xpelah aku tggu ms yg sesuai nanti makanlah sampai puas..aku bgtau kt husben berkenaan keinginan aku nih jd dia tya lah aku nk beli ke x..klu aku btul2 nk dia bole g belikan..syg bini beb..haha

Xpe lah syg..I sabar dulu yek..nanti bila dh sampai waktu tu I mkn la byk2 biar pns 1 badan..ewah...ewah..haha...xpelah buat ms ni aku amik bau dan bayangkan aje..siannnn..

Semoga doa kami utk memiliki cahaya mata dimakbulkan..in sha Allah..aminnn

Thursday 14 November 2013

Sakit Pinggang

Assalamualaikum...

Arini baru CD17 tp dh start sakit pinggang mcm nk period..badan pun asik lemah x larat jer...aiyoooo apa sudah jadi ni...perut pun rasa x sedap je...

Sejak 2 menjak ni asik lupa je...semalam rebus buah zuriat lupa nk ttp api dapur..nasib baik x hangus...adakah faktor usia atau emosi aku yg  x stabil lg...arini pulak lupa yg ari kamis kene pakai baju batik..aku igtkan arini ari rabu...tgk kalendar 14/11/2013 bersamaan hari KHAMIS..huhu...tp rasa sekejap plk mggu nih..apa2 pun jgn la aku jd pelupa...

Setakat ni usaha TTC aku masih berjalan seperti biasa dengan mengambil asid folik,jus pati delima, minum air rebusan buah zurian dan minum susu anmum materna..aku juga teruskan usaha utk mengejar impian aku dengan makan kurma setiap hari..makanan sunnah..sebelum ni ade je dlm peti ais tp x mkn2 pun..time igt baru mkn tp sekarang aku kne disiplinkan diri utk amalkan makan kurma..

Semoga segala usaha aku diberkati Allah swt dan makbulkan doa hambaNYA...aminnn...

Tuesday 12 November 2013

Rebusan Buah Zuriat

Assalamualaikum...

Usaha TTC aku masih diteruskan tanpa ada rasa putus asa..sebab bg aku rasanya baru skit usaha aku jika nk dibandingkan dgn org lain..folic acid..anmum materna..pati delima...dan kali ni aku cuba lg minum air rebusan buah zuriat..



Sblm ni aku dh pernah minum air nih..sblm buat rwtan iui tempoh hari pun aku ade minum..usaha aje kan..sblm ni mmg susah sgt nk mengerjakan buah ni sbb sgt kerad dan memerlukan peralatan serta tenaga yg kuat

..tp kali ni laki aku sng plk kerjakan buah ni..klu sblm ni amik masa yg lme tp kali ni x sampai 5 minit pun..aikkk pelik jugak aku..biasa dh mcm buruh kasar nk bina rumah..ketang ketung bunyi..tp kali ni mmg kami sggh hairan sbb sng sgt..mg ade hikmah disebalik kjdian..mg sng lekat benih ni dlm rahim aku..in sha Allah..aminn..