Tuesday, 24 December 2013
Kenangan....
Hanya tengok picture ni je yg boleh sejukkan hati...tinggal kenangan...entah bila aku dapat kenangan yg macam ni lagi..
Tahniah...Anda Hamil
Wahhhh...seronoknye kalu ayat ni untuk aku...tapi ermm...bukan..bukan..ni untuk kawan2 aku dalam 5 orang yg baru dapat berita masing2 preggy...alhamdulillah aku tumpang gembira untuk mereka..
Aku? Masih begini..belum diberikan rezeki untuk aku lagi..aku harus kuat terima ujian ini..aku tak boleh cemburu atas kehamilan orang lain..tapi orang lain yg cemburu tengok aku dlm keadaan begini...berdosakah aku jika aku masih belum bergelar ibu? Ohhh...mulut korang memang tak boleh blahhhh...hanya mampu berdoa saje agar diberi petunjuk untuk korang sedar akan ape yg telah korang lakukan..
Bila aku tengah dalam keadaan kuat dan sabar camni, ada pertanyaan yang menyakitkan hati..ape lagi yg aku mampu buat? Tadah je lah telinga nih..terima je ape korang nak ckp..klu korang faham perasaan hati org lain korang tak akan berbuat sedemikian..jaga la hati org lain walaupun sekelumit..
Ya, Allah Ya Tuhanku..Kau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada hambaMu ini..sesungguhnya aku adalah insan yang lemah..

Friday, 20 December 2013
Minum lagi..
Stok buah zuriat banyak lagi..semalam aku mintak husband belah lagi 2 biji..nak sambung balik minum air rebusan buah zuriat..dah sebulan stop..kali ni kena betul betul konsisten..
Sepatutnya bulan ni aku kena start on clomid dan tvs..tapi aku nak cuba naturally dulu..tahun depan baru nak start cycle baru..hujung tahun nak rest dari cucuk2 nih..hihi..rest sbln jer..lagipun baru abis period..try sendiri tuk bln nih.mana tau kan Allah nak bagi rezeki..
Monday, 16 December 2013
10 TANDA HAMIL
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa
sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak
mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk
mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak
merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau
setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi
pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini
tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain,
bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan
anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga
terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan
kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar
mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di
masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat.
Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal
kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit
pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah
dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan
kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin
berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit
pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi.
Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa
anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan
menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir
wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun
cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu
badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara
konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat
beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing
untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2
jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung.
Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...TAHNIAH!
Credit : Senang Hamil
Tuesday, 10 December 2013
Period jugak akhirnya !
Aku tunggu period dah lame..igtkan xnak dtg dh..sejak kes gugur 29/10/2013 aritu aku dh kira2 akan period dalam 29/11/2013. Tp sebabkan period aku dh x betul jadi aku biarkan je tanpa fikir ape2..
Dan semalam 9/12/2013 akhirnya kawan baik aku dtg jugak..patut la perut aku memulas je..dan kali ni aku tak senggugut macam biasa..takdelah senggugut teruk tu..biasa2 je..
Aku rs ni mungkin sebab aku konsisten minum pati delima gulshan sejak kes gugur tempoh hari..semoga ade sinar untuk aku lepas ni..insyaAllah...aminnn...

Subscribe to:
Posts (Atom)