Tuesday 26 November 2013

PCOS..?













Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS) adalah masalah ketidakseimbangan hormon wanita yang mengakibatkan kedatangan haid tidak teratur, sukar hamil, peningkatan hormon lelaki(androgen) dan jika tak rawat boleh timbul masalah kesihatan lain seperti diabetis dan masalah jantung..

Sebab tu jika kita disahkan sorang yang pcos..doktor akan suruh minum air gula dan mengambil sample darah dan air kencing..gejala pcos ni boleh berlaku pada usia remaja dan 1 dalam 15 org wanita..gejala pcos hya perlu rawatan utk mengawal gejala ni daripada berterusan dan mencegah masalah kesihatan lain dlm jangka masa pjg..

Pcos ni tak dapat diketahui macam mana boleh berlaku. Hormon dlm badan jadi tak seimbang dan lebih hormon lelaki. Ini menyebabkan proses ovulasi terhenti dan tumbuh bulu yg berlebihan. Antara tanda2 pcos mcm haid tak teratur, masalah jerawat dan pigmentasi, keguguran rambut dan tekanan.

Wanita yg pcos sukar hamil kerana ovari membengkak disebabkan ovum terperangkap didalamnya dan tak mampu nak menetas pada waktu subur..jadi sukar tuk tentukan bila wanita tu dalam keadaan subur..tapi ada juga penghidap pcos yang berjaya hamil sama ada secara rawatan kesuburan atau semulajadi..

Telur yg tak menetas akan berkumpul di sekeliling ovari dan boleh dikenali sbgai cyst. Penghidap pcos juga mengalami masalah berat badan berlebihan disebabkan metabolisme rendah. Jadi cara nak rawat, kena lah rajin bersenam, jaga pemakanan, tidak merokok dan kawal berat badan.

Jika anda rasa ada tanda2 pcos perlu segera jumpa doktor dan jgn biarkan masalah ni berlarutan hingga membelenggu diri kerana boleh mendatangkan tekanan perasaan yg serius..kunci utama dalam langkah rawatan pcos ni ialah senaman dan pemakanan yg sihat..

No comments:

Post a Comment