Tuesday 26 November 2013

Persediaan Rawatan IUI Kedua















Seperti yg dah sedia maklum 1st IUI aku pada bulan Oktober aritu dah gagal..aku rehat dalam1 bulan dan bulan ni aku akan teruskan dengan IUI untuk kali kedua..jangan putus asa tau..walaupun IUI ni kejayaan dalam 30% je..tapi percubaan harus diteruskan..



















Tengok tu banyaknye ubat kan? Ha tu semua tuk aku makan sebelum nak ulang balik prosedur IUI..ada 5 jenis ubat..folic acid, metformin, provera, clomid dan prosynova..tadi aku dah jalani TVS..tengok rahim ok dan ada telur yang dah nak matang..dan berita gembira aku terima bila doktor bgtau cyst aku dah tak ada..alhamdulillah..

Oleh kerana aku belum period lagi..doc suruh aku tggu dulu dalam 1 minggu..kalau masih tak dtg lagi, aku kena buat UPT..jika keputusan negatif aku kena mkn ubat provera 2 biji 3x sehari..ni ubat untuk turunkan darah atau kata nama lain utk paksa period la..Bila dh period aku kene mkn pulak clomid..tapi kali ni aku mntk doktor up kan dos clomid tu..sblm ni aku mkn 1 biji je sehari atau 50mg tapi kali ni aku mntk 2biji sehari atau 100mg..clomid kne amik hari kedua period hingga hari keenam..dlm 5 hari la..

Aku tya doktor dulu bole ke up kan dos clomid..bkn main belasah aje..melalui pembacaan jugak..bila doc ckp ok tak ade mslh..proceed la..lgpun dapat kurangkn penggunaan humog nti..sebab masa 1st cycle aritu dos clomid 50mg je..telur tak membesar..so doc suntik humog nk bg telur tu besar..ubt humog ni mahal..skali cucuk humog 75iu sekotak RM75..kalu 3x cucuk dah berapa kan..cycle aritu aku kne 7 kotak humog bersamaan 5x cucuk..kira la berapa ratus..

Buat masa ni aku just mkn metformin dan folic acid dulu..tunggu period baru boleh mkn ubat2 yang lain..bila dah period aku kena call hospital tuk buat apoinmen sebab ari ke 7 period kna buat TVS sekali lagi nak tgk tahap dan saiz telur..hari ke 8 9 10 cucuk humog dan mkn prosynova..ubt ni tuk support ketebalan dinding rahim kita..sng proses penempelan nti..

Aku kena kuatkan semangat, sabar dan tabah terima ujian dan dugaan ni walaupun aku sebenarnya rasa perit dan sakit bila dicucuk..tahan je..aku ni penakut jarum...hihi...dan paling aku cemas bila nak masukkn muncung itik tu nanti..tapi bila fikir balik ni la usaha yang tak seberapa ni kan jika nak dibandingkan ngn org lain..alhamdulillah syukur menjadi insan terpilih utuk terima ujian sebegini..

Okey lah nanti aku update lg yek..dh pnjg sgt nih aku membebel..hehe

Sekian...

No comments:

Post a Comment