Tuesday 24 December 2013

Kenangan....





Hanya tengok picture ni je yg boleh sejukkan hati...tinggal kenangan...entah bila aku dapat kenangan yg macam ni lagi..

Tahniah...Anda Hamil

Wahhhh...seronoknye kalu ayat ni untuk aku...tapi ermm...bukan..bukan..ni untuk kawan2 aku dalam 5 orang yg baru dapat berita masing2 preggy...alhamdulillah aku tumpang gembira untuk mereka..

Aku? Masih begini..belum diberikan rezeki untuk aku lagi..aku harus kuat terima ujian ini..aku tak boleh cemburu atas kehamilan orang lain..tapi orang lain yg cemburu tengok aku dlm keadaan begini...berdosakah aku jika aku masih belum bergelar ibu? Ohhh...mulut korang memang tak boleh blahhhh...hanya mampu berdoa saje agar diberi petunjuk untuk korang sedar akan ape yg telah korang lakukan..

Bila aku tengah dalam keadaan kuat dan sabar camni, ada pertanyaan yang menyakitkan hati..ape lagi yg aku mampu buat? Tadah je lah telinga nih..terima je ape korang nak ckp..klu korang faham perasaan hati org lain korang tak akan berbuat sedemikian..jaga la hati org lain walaupun sekelumit..

Ya, Allah Ya Tuhanku..Kau berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada hambaMu ini..sesungguhnya aku adalah insan yang lemah..

Friday 20 December 2013

Minum lagi..















Stok buah zuriat banyak lagi..semalam aku mintak husband belah lagi 2 biji..nak sambung balik minum air rebusan buah zuriat..dah sebulan stop..kali ni kena betul betul konsisten..

Sepatutnya bulan ni aku kena start on clomid dan tvs..tapi aku nak cuba naturally dulu..tahun depan baru nak start cycle baru..hujung tahun nak rest dari cucuk2 nih..hihi..rest sbln jer..lagipun baru abis period..try sendiri tuk bln nih.mana tau kan Allah nak bagi rezeki..


Monday 16 December 2013

10 TANDA HAMIL

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...TAHNIAH!
 
 
Credit : Senang Hamil

Tuesday 10 December 2013

Period jugak akhirnya !

Aku tunggu period dah lame..igtkan xnak dtg dh..sejak kes gugur 29/10/2013 aritu aku dh kira2 akan period dalam 29/11/2013. Tp sebabkan period aku dh x betul jadi aku biarkan je tanpa fikir ape2..

Dan semalam 9/12/2013 akhirnya kawan baik aku dtg jugak..patut la perut aku memulas je..dan kali ni aku tak senggugut macam biasa..takdelah senggugut teruk tu..biasa2 je..

Aku rs ni mungkin sebab aku konsisten minum pati delima gulshan sejak kes gugur tempoh hari..semoga ade sinar untuk aku lepas ni..insyaAllah...aminnn...

Tuesday 26 November 2013

PCOS..?













Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS) adalah masalah ketidakseimbangan hormon wanita yang mengakibatkan kedatangan haid tidak teratur, sukar hamil, peningkatan hormon lelaki(androgen) dan jika tak rawat boleh timbul masalah kesihatan lain seperti diabetis dan masalah jantung..

Sebab tu jika kita disahkan sorang yang pcos..doktor akan suruh minum air gula dan mengambil sample darah dan air kencing..gejala pcos ni boleh berlaku pada usia remaja dan 1 dalam 15 org wanita..gejala pcos hya perlu rawatan utk mengawal gejala ni daripada berterusan dan mencegah masalah kesihatan lain dlm jangka masa pjg..

Pcos ni tak dapat diketahui macam mana boleh berlaku. Hormon dlm badan jadi tak seimbang dan lebih hormon lelaki. Ini menyebabkan proses ovulasi terhenti dan tumbuh bulu yg berlebihan. Antara tanda2 pcos mcm haid tak teratur, masalah jerawat dan pigmentasi, keguguran rambut dan tekanan.

Wanita yg pcos sukar hamil kerana ovari membengkak disebabkan ovum terperangkap didalamnya dan tak mampu nak menetas pada waktu subur..jadi sukar tuk tentukan bila wanita tu dalam keadaan subur..tapi ada juga penghidap pcos yang berjaya hamil sama ada secara rawatan kesuburan atau semulajadi..

Telur yg tak menetas akan berkumpul di sekeliling ovari dan boleh dikenali sbgai cyst. Penghidap pcos juga mengalami masalah berat badan berlebihan disebabkan metabolisme rendah. Jadi cara nak rawat, kena lah rajin bersenam, jaga pemakanan, tidak merokok dan kawal berat badan.

Jika anda rasa ada tanda2 pcos perlu segera jumpa doktor dan jgn biarkan masalah ni berlarutan hingga membelenggu diri kerana boleh mendatangkan tekanan perasaan yg serius..kunci utama dalam langkah rawatan pcos ni ialah senaman dan pemakanan yg sihat..

Persediaan Rawatan IUI Kedua















Seperti yg dah sedia maklum 1st IUI aku pada bulan Oktober aritu dah gagal..aku rehat dalam1 bulan dan bulan ni aku akan teruskan dengan IUI untuk kali kedua..jangan putus asa tau..walaupun IUI ni kejayaan dalam 30% je..tapi percubaan harus diteruskan..



















Tengok tu banyaknye ubat kan? Ha tu semua tuk aku makan sebelum nak ulang balik prosedur IUI..ada 5 jenis ubat..folic acid, metformin, provera, clomid dan prosynova..tadi aku dah jalani TVS..tengok rahim ok dan ada telur yang dah nak matang..dan berita gembira aku terima bila doktor bgtau cyst aku dah tak ada..alhamdulillah..

Oleh kerana aku belum period lagi..doc suruh aku tggu dulu dalam 1 minggu..kalau masih tak dtg lagi, aku kena buat UPT..jika keputusan negatif aku kena mkn ubat provera 2 biji 3x sehari..ni ubat untuk turunkan darah atau kata nama lain utk paksa period la..Bila dh period aku kene mkn pulak clomid..tapi kali ni aku mntk doktor up kan dos clomid tu..sblm ni aku mkn 1 biji je sehari atau 50mg tapi kali ni aku mntk 2biji sehari atau 100mg..clomid kne amik hari kedua period hingga hari keenam..dlm 5 hari la..

Aku tya doktor dulu bole ke up kan dos clomid..bkn main belasah aje..melalui pembacaan jugak..bila doc ckp ok tak ade mslh..proceed la..lgpun dapat kurangkn penggunaan humog nti..sebab masa 1st cycle aritu dos clomid 50mg je..telur tak membesar..so doc suntik humog nk bg telur tu besar..ubt humog ni mahal..skali cucuk humog 75iu sekotak RM75..kalu 3x cucuk dah berapa kan..cycle aritu aku kne 7 kotak humog bersamaan 5x cucuk..kira la berapa ratus..

Buat masa ni aku just mkn metformin dan folic acid dulu..tunggu period baru boleh mkn ubat2 yang lain..bila dah period aku kena call hospital tuk buat apoinmen sebab ari ke 7 period kna buat TVS sekali lagi nak tgk tahap dan saiz telur..hari ke 8 9 10 cucuk humog dan mkn prosynova..ubt ni tuk support ketebalan dinding rahim kita..sng proses penempelan nti..

Aku kena kuatkan semangat, sabar dan tabah terima ujian dan dugaan ni walaupun aku sebenarnya rasa perit dan sakit bila dicucuk..tahan je..aku ni penakut jarum...hihi...dan paling aku cemas bila nak masukkn muncung itik tu nanti..tapi bila fikir balik ni la usaha yang tak seberapa ni kan jika nak dibandingkan ngn org lain..alhamdulillah syukur menjadi insan terpilih utuk terima ujian sebegini..

Okey lah nanti aku update lg yek..dh pnjg sgt nih aku membebel..hehe

Sekian...

Rawatan Kesuburan : Mulakan Cycle Baru

















Hari ni apoimen aku kat O&G Hospital Serdang..awal aku sampai dalam pukul 7.15 pagi..datang awal senang tak terkejar kejar..kang nak cari parking lagi nak amik nombor lagi..semua mkn masa kan..

Dah sebulan kes bleeding aritu..kejap je masa berlalu..sampai o&g aku trs ke konter tuk timbang berat dan check tekanan darah..orang tak ramai lagi masa ni..ada la dalam 10 org tp biasa la kne tggu jugak dalam 1 jam baru dapat jumpa doktor..

Aku dibawah pemantauan UPM Infertility dengan Dr.Maiza Tusimin..aku suka cara Dr ni..peramah dan baik..Dr ni bagi explaination yg cukup detail supaya pesakit mcm aku ni faham..aku jugak tak segan nak tya apa2 dan berborak dengan Dr ni sebab she is very friendly person..mcm ni la baru pesakit puas hati..tapi Dr.Maiza memang seorang doktor yg cukup professional..dah la cantik,baik..peramah pulak Tu..memang lengkap..bertuah suami doktor nih..

Aku puji cara Dr.Maiza bukan sebab Ape..dah memang dia bagus kan..layanan pada pesakit memang high class..terima kasih doktor..


Monday 25 November 2013

Melancong Ketika Hamil



Melancong ketika hamil nyata berbeza dengan percutian biasa dilakukan sebelum ini. Selain meraikan kegembiraan bakal menimang cahaya mata, bercuti ketika hamil sering dikatakan peluang terakhir untuk anda dan pasangan berdua-duaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Melancong ketika hamil memberi ketenangan kepada si ibu, sekali gus memberi pengaruh baik kepada bayi dalam kandungan.

Namun, bagi ibu mengandung yang ingin bercuti, perancangan percutian yang lebih fleksibel amat dituntut.

Bercuti di dalam atau luar negara tetap memerlukan ketelitian dalam perancangan dan punya banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

Tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda bakal ibu yang ingin bercuti sambil merehatkan diri di destinasi idaman.


Berjumpa doktor anda

Lakukan pemeriksaan dan tanyalah doktor sama ada keadaan kehamilan memungkinkan anda bercuti. Bagi tahu doktor mengenai perjalanan yang dirancang dan minta dia membuat surat rujukan mengenai keadaan kandungan anda.

Dokumen itu boleh digunakan bila-bila masa sepanjang anda bercuti atau ketika menaiki kapal terbang.

Kehamilan bukanlah penghalang untuk anda menaiki kapal terbang, namun ramai yang risau. Justeru, tanya juga keadaan kandungan anda berkaitan dengan tekanan udara rendah atau tinggi saat menaiki kapal terbang.

Jangan lupa bawa buku kehamilan anda. Selain laporan doktor, buku itu sangat berguna jika anda mengalami sebarang masalah dan perlu pemeriksaan doktor.


Periksa penerbangan anda

Kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan syarat-syarat penerbangan buat wanita hamil. Justeru, periksa kembali syarikat penerbangan anda untuk memastikan anda boleh mengikuti penerbangan itu.

Namun, kebanyakannya tidak membenarkan wanita hamil mengikuti penerbangan jika kandungan mencecah 35 minggu.

Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan daripada doktor selain mengisi satu surat akuan.

Apa yang pasti, semua syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita hamil pada bulan terakhir menaiki pesawat.


Perjalanan menggunakan kereta

Jika anda menaiki kereta saat bercuti, rancang perjalanan yang dekat dan singkat. Pastikan anda berhenti untuk mendapatkan rehat yang banyak dan melunjur kaki ketika berehat.

Jika perjalanan anda mengambil masa lebih empat jam, banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan tidak baik untuk kesihatan.

Anda juga mungkin boleh mengalami kekejangan dan risiko lainnya. Justeru, pastikan anda berhenti berehat di sepanjang perjalanan.


Pengambilan vaksinasi perjalanan

Saat bercuti di luar negara, ramai yang tertanya-tanya adakah ketika hamil boleh mengambil vaksin perjalanan?

Doktor pasti tahu vaksin apa yang anda perlukan di negara yang dituju dan selamat diambil semasa hamil.

Namun, cara terbaik ialah jangan kunjungi negara di mana vaksinasi diperlukan semasa anda hamil.

 
Jaga pemakanan

Walaupun tujuan anda bercuti adalah untuk bersantai dan meraikan keseronokan bakal bergelar ibu, banyak yang perlu anda fikir sepanjang bercuti terutama makanan.

Walaupun anda sedang bercuti, anda masih lagi boleh makan dengan baik dengan memperhatikan setiap zat makanan yang dimakan sepanjang bercuti.

Bawa banyak snek seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin dalam beg galas anda supaya anda tidak akan merasa loya atau hendak pitam jika lambat makan.

Hindari minuman berkarbonat dan makan makanan yang boleh membuang angin supaya anda akan sentiasa selesa sepanjang perjalanan.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit serta meneruskan pengambilan makanan yang baik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.


Banyak minum air kosong

Adalah penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat ketika hamil. Oleh itu, mengambil air kosong atau mineral sepanjang bercuti adalah sangat digalakkan.

Ini kerana, pengambilan air yang banyak dapat mengelakkan kekurangan badan dalam air terutama terlalu lama terkena penghawa dingin.

Selain itu, dengan meminum air kosong atau mineral yang banyak juga dapat membantu anda untuk lebih sihat dan ceria sepanjang percutian.


Pakaian yang sesuai

Memakai pakaian yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju adalah perkara utama yang dititikberatkan semasa melancong.

Dengan itu, pakailah pakaian yang longgar, selesa dan dapat menyerap peluh dengan baik kerana anda akan lebih ceria serta selesa berkunjung ke mana-mana dengan pakaiana yang bersesuaian.

Kasut atau sandal yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil dan elakkan menggunakan kasut tumit tinggi.

Kasut rata dengan sokongan untuk tulang belakang adalah pilihan kasut yang sangat tepat. Dengan kasut yang sesuai, anda boleh menikmati keindahan tempat yang dilawati dan sudah pasti kaki anda tidak kebas atau sakit.

Penggunaan sarung kaki khas yang dapat membantu pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru juga pasti menambahkan keselesaan anda sepanjang bercuti.




Aktiviti yang perlu dielakkan

Ketika hamil, banyak aktiviti menyeronokkan yang tidak sesuai dengan keadaan diri dan perlu dielak saat melancong.

Aktiviti yang boleh menyebabkan anda terjatuh seperti meluncur salji, menunggang kuda, luncur air, luncur angin dan mendaki perlu dielakkan.

Selam skuba dan sukan bertekanan perlu dielakkan kerana buih udara boleh terbentuk dalam salur darah anda dan disalurkan kepada bayi.

Selain itu, elakkan juga permainan “roller coaster” dan gelungsur air di taman tema. Pendaratan kuat dan kecepatan atau kelambatan secara tiba-tiba tidak baik untuk anda.

Baik juga anda lupakan sementara kolam air panas dan sauna kerana kepanasan yang keterlaluan tidak baik untuk bayi.
 
Selamat bercuti!








Sumber : Harian Metro 25/11/2013

Senaman Ketika Mengandung

Senaman ideal

Senaman yang ideal akan mengepam jantung, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin, tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada ibu atau bayi.

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan serta tidak merbahaya boleh dilakukan pada peringkat awal. Namun, mungkin wanita hamil perlu mengubah rejim senaman apabila mereka sarat mengandung.

Lebih baik jika elakkan daripada aktiviti yang boleh mendedahkan kita kepada risiko tergelincir dan terjatuh seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski.

Beberapa senaman di bawah agak agak selamat untuk ibu mengandung walaupun ada antaranya mungkin tidak sesuai dilakukan ketika memasuki bulan terakhir kehamilan.

Untuk keselamatan diri dan kandungan, rujuk kepada doktor terlebih dulu sebelum memulakan salah satu aktiviti dinyatakan di bawah.


Berjalan

Ia sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil. Berjalan mengekalkan kecergasan tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki.
Ia selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dijadikan aktiviti seharian.


Renang

Pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung.

Renang ternyata aktiviti yang ideal kerana ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun berat badan semakin naik akibat kehamilan.


Kelas senaman air

Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki yang menjadi perkara biasa lewat usia kehamilan.

Namun, sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia. Justeru, mungkin ibu hamil tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.


Yoga dan regangan

Ia dapat membantu mengekalkan kepantasan otot dan membuat anda fleksibel tanpa kesan buruk ke atas sendi.

Namun, ibu hamil mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin yang menyebabkan ligamen lebih elastik.

Jangan terlalu lama mengekalkan gerakan regangan atau cuba membina fleksibiliti secara keterlaluan.


Pilates

Ia satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibiliti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan serta pernafasan dan otot.

Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali sebagai “teras stabil” atau asas.

Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam kerana gerakannya mensasarkan perut dan lantai otot pelvik. Sememangnya otot berkenaan boleh menjadi lemah semasa mengandung dan senaman Pilates boleh dimanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi “tangan dan lutut”. Posisi berkenaan adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung.

Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis pada peringkat akhir kehamilan selain boleh membantu meletakkan bayi dalam posisi baik untuk bersalin.


Senaman angkat berat

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian, tiada sebab untuk berhenti. Namun ketika hamil kita perlu mengelakkan daripada menggunakan besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika ibu hamil mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik betul, senaman berat badan cara yang baik untuk membantu menguatkan otot.

Elakkan aktiviti panas badan yang keterlaluan, keletihan dan kurangkan aktiviti ini apabila kandungan kian membesar.


Tarian

Jantung dapat mengepam dengan baik jika kita menari menggunakan muzik latar kegemaran dalam keadaan selesa.

Namun, elakkan pergerakan yang memerlukan kita melompat, memutar atau menggoyangkan punggung. Teknik sememangnya penting justeru, elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.


Aerobik berimpak rendah dan fitball

Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah ia membantu kita tahu bersenam dengan baik.

Jika menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang yang sama seperti anda dan mendapat keyakinan setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.











Sumber : Harian Metro 25/11/2013 

Jom Try Minum Air Daun Bunga Raya !!

Assalamualaikum...

Info ni aku dapat dari kawan aku yang pernah cuba usaha ni dan alhamdulillah berjaya hamil..

Cara- cara :

1. Ambil daun bunga raya merah
2. Basuh daun dengan air suam
3. Rendamkan daun bunga raya dengan air suam sampai bersih
4. Blend daun bunga raya tadi dengan air suam agak2 air boleh dapat setengah gelas
5. Tapis bahan blend tadi cuma ambil airnya sahaja
6. Selawat, niat, doa dan terus minum


Boleh diminum sebelum period...

Semoga usaha kita diberkati Allah swt..In sha Allah...aminn..

Saturday 23 November 2013

10 tahun kahwin tanpa zuriat

Pagi tadi dalam kelas ada sorang budak india tanya aku dah kawin ke belum..aku jawab la dah..pastu dia tya lagi dah berapa orang anak..aku jawab masih belum ada lagi.. so dia igt aku baru kawin..

Aku bgtau dia yang aku dah lima tahun kawin..sedih sbb belum ada ank lagi .budak india ni senyum aje..dia pyn citer la makcik dia dah 10 tahun kawin baru dapat anak..aku tya dia buat macam mana sampai berjaya..

Budak ni ckp makcik dia guna lumiglow...tiap2 mln sapu kat perut..aku pun teruja la dengar kan..dan dia ckp makcik dia selalu berdoa kat tuhan dia..

Lumiglow ni aku dah tau sebelum ni melalui fb senang hamil...banyak jugak testimoni yg dh berjaya..harga kalu tak silap RM 150++...krim sapu kat perut je..memang kegunaan lumiglow ni byk seperti untuk lancarkan period dan sebagainya..produk ni juga bergantung pada ketahanan badan seseorang..ada yang serasi dan ada juga yang alegik..kulit jadi gatal2..tapi kalu gune lumiglow ni kena minum air yang banyak...

Dah macam2 produk dipasaran kan yang berfungsi untuk kesuburan dan kehamilan..cuma atas kita sebagai pengguna untuk membuat pilihan yang tepat..terpylang pada diri sendiri nak yang mana..pilih dan bayar je..

Friday 22 November 2013

Produk Shaklee : GLA Complex















Sekarang ni ramai orang guna produk shaklee kan..macam produk shaklee dengan pelbagai fungsi dan kegunaan..dan ramai jugak orang mulakan perniagaan dengan menjadi ahli dan pengedar..kawan2 aku pun ramai dah jadi independent distrubutor..untung madyukk katanya..itu kalu aktif la kalu yang duk menunggu je tanpa buat apa2 promisi memang camtu je lah...

Aku di promote oleh kawan aku supaya mencuba GLA Complex..katanya memang baik dan bagus untuk kesuburan..aku cuba google pasal produk ni nak tau jugak tahap keberkesanannya..banyak jugak testimoni yang berjaya hamil dengan mencuba produk nih..

Antara kelebihan produk ni ialah :

1. Menjadikan kulit cantik dan berseri seri
2. Memperlahankan proses penuaan
3. Membantu mengatur kitaran haid
4. Meningkatkan tahap kesuburan
5. Mengawal PMS
6. Mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol

Aku? In sha Allah akan ku cuba guna produk nih nanti..usaha kan kena lah pelbagaikan..suplimen ni memang baik untuk diri kita..jangan risau produk ni memang diyakini halal..chewaah macam nak promosi pulak gaya nya kan..hihi

Doktor Call...

Tengah asik duk jemur kain tiba2 hp aku berbunyi..ingatkan husben aku yang call la sebab memang dah jadi kebiasaan dia call aku pagi bila dah sampai ofis..aku pun buat biasa aje lah tak de lah sampai nak berlari tergesa gesa nak pick up call kan..buat lambat2 je lah..

Pastu tengok2 rupanya doktor aku yang buat rawatan iui tu call aku..wahhh...special ko...eh dah knape doktor call aku nih..ada apa2 berita baik lagi gumbira nk bgtau aku ke..hihi...

Rupa2 nya doktor nak awalkan appoinment aku..ohhh igtkn ape lah tadi kan? Actually aku pye appoinmen 3/12/2013 tapi doktor awalkan ke 26/11/2013..mak aii minggu depan lah..memang nurse ada bgitau aku sblm ni kalu 1st iui aku tak berjaya doktor nak buat lagi..aku ikutkan aje dah memang kita nak zuriat kan..

Aku tak nak tggu lama2 lepas gagal iui yang pertama tempoh hari..kalu boleh arini gagal esok terus buat...haaaa...gelojoh kauuu...memang tak dapek la mak cik oiii...hihihi

So aku dengan gembiranya dan tak sabar nak ulang balik proses rawatan iui tu untuk kali kedua..walaupun sakit aku tetap tabahkan dan kuatkan mental dan fizikal aku demi mencapai hasrat bergelar ibu..fuyyoooo..poyo je aku ni kan? Haha...wat everrrr....kikiki

Aku harap minggu depan ada good news untuk aku..in sha Allah...

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku..Kau perkenankan dan makbulkanlah doaku..Kau berikanlah aku zuriat dan janganlah Kau biarkan aku hidup tanpa waris sesungguhnya Engkau adalah sebaik baik waris...Aminnn...

Wednesday 20 November 2013

Sakit Kepala

Assalamualaikum...

Sejak 2 menjak ni aku sering sakit kepala..sakit yang kejap2 je lah..tapi arini sakit yang amat sangat..ala2 migrain camtu la..rasa nak hantuk2 kasi pecah je kepala..nak buat smua benda pun cam tak selesa tak syok je..mood pun tak betapa nak elok..yelah kepala sakit dik oiii...

Bila kepala dah sakit..mula la nak makan ubat tapi aku tak makan pun..biarkan je..tak nak bergantung ngan ubat..selain tu aku rasa loya2nak muntah je..aikkk...jeng..jeng..jeng..

Aku tak tahu la nape aku sakit kpala..apa puncanya..maybe angin dah naik sampai kt kpala kot..yelah makan benda2 berangin..

Aku ni memang kalu sakit kepala rasa loya nak muntah..korang jgn salah faham pulak..selagi tak keluarkan ape yg ada dlm perut selagi tu la loya..bila dah muntah baru lah aku tido..tido dlm keadaan sakit tau..

Bila dah tido dah tak pikir ape dah..sok bangun tido mesti dah ok..hilang la sakit kepala aku...

Tuesday 19 November 2013

Jom Kita Try..

Usaha yang akan aku buat lepas ni dengan mengamalkan petua ni pulak...sape yg dah tau tu ok la kan teruskan la tapi sape2 yg tak tau lagi especially aku la kan...jommm...



















Petua ni akak dekat ofis aku pernah bagitau suh aku cuba petua ni..tapi aku cam tak layan sangat masa tu..maybe belum terbuka hati lagi kot nak try..tapi sekarang aku dah ready dan terbuka hati nak try petua ni..

Jom sape2 yg TTC kita pakat try...esok aku p beli kacang hijau dan ikut arahan seperti di atas..moga usaha aku diberkati Allah..in sha Allah..aminn...

Cute kan !!














Baby ni sangat comel kan...tadi aku belek2 pasal kehamilan tup tup terjumpa gambar baby ni..tiba2 aku rasa macam nak download je..macam cute je..hihi

Hati ni memang teringin sangat nak timang anak sendiri tapi nak buat macam mana belum rezeki aku lagi..perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan..Usaha dan terus usaha serta jangan putus asa..melalui pembacaan tentang kehamilan juga tanda kita berusaha kan..

Okey lah yek..sekian...


Ovulasi

Bagi orang yang TTC macam aku ni..sgt penting utk tahu pasal ovulasi ni..apa benda ovulasi tu? Ovulasi ni ialah apabila satu atau lebih telur dilepaskan dari salah satu ovari kita.Ovulasi ni adalah hari yang paling subur dalam satu kutaran haid kita..

Kalu orang yang period regular senang nak tau bila hari ovulasi akan berlaku..tapi orang macam aku ni yang period tak regular agak sukar nak cari waktu yang betul2 subur..setiap orang tak sama hari ovulasinya tapi kalu period normal dalam tempoh 14 hari dari period tu dah boleh jangka..

Tapi walau bagaimanapun ada cara nak tau bila ovulasi nih..pertama kena guna opk..better 10 hari berturut2 dari habis period dah boleh try..bila opk dah positif tu boleh la plan bersama suami..selain tu boleh tau waktu subur bila tengok perubahan pada mukus serviks..mukus serviks ni ialah lendir yang jernih dan anjal seakan akan putih telur..ia amat baik untuk membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus.

So, sangatlah penting bagi aku untuk mengetahui bila waktu aku subur..rupanya baru aku tau..ovulasi juga boleh berlaku bila tidak period..selama ni aku igt kalu period tu ada lah ovulasinya..salah rupanya pemahaman aku..hehe

Sekian...

Sunday 17 November 2013

Minyak Habatus Sauda dan Minsyam

Assalamualaikum...

Lame aku x update blog ni kan..maklymlah membusykan diri supaya x stress fikir pasal zuriat..bkn putus asa tapi cuma nak teruskan hidup tanpa tekanan memikirkan psl anak..klu ada rezki in sha Allah...lagipun bila dh start kelas ni aku busy la ngn assignment bagai..

Tapi...tapi...ha...usaha tetap diteruskan macam biasa..kali ni aku cuba produk ni pulak..priduk ape? Ha...ni la...



















Minyak harbatus sauda ni husben aku yang beli dgn budak office dia RM 25..maksud Hadis ''tetaplah kamu dengan al habatus sauda kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi semua penyakit kecuali mati''al bukhari...

Minyak ni patut makan 1 sudu pagi dam malam..aku try spray trs dlm mulut tapi tak bole tahan nak termuntah..jadi aku titiskan dalam makanan atau minuman aje..selain tu aku jugak makan biji harbatus sauda..7 biji sehari..trs gigit camtu je..mula2 mmg x bole jugak tapi kuatkan smgt..alhamdulillah lps tu ok je..

Minyak Minsyam tu plk aku beli RM20 dari kwn aku..minyak ni aku sapu je kat perut sambil selawat ke atas Nabi dan baca doa untuk dapatkan zuriat..kita usaha dan jgn putus asa..in sha Allah mane tau kan berkat kesabaran atas usaha kita diperkenankan dan diberkati Allah swt dan makbulkan doa kita..janji kita tidak putus berdoa dan berharap kepada Allah swt..


Friday 15 November 2013

Teringin @ Mengidam

Kalau tgk tajuk fulamakkk mcm ape je kan..dh mcm org mengandung plk..hehe..mengandung ke?

Hari ni tiba2 tekak ni teringin nak makan durian..entahlah nak kate teringin sgt tu xde lah tapi klu x dpt rs semacam ke..keinginan yg membuak buak..tapi aku takut dan x berani lg nk mkn durian ni..maklumlah skrg kan tgh berttc..jd pemakanan harus lah aku jg kan..tp..ehhh bape byk tp laaa..haha

Durian boleh je mkn kan walaupun kita dlm proses berttc ek..xpelah aku tggu ms yg sesuai nanti makanlah sampai puas..aku bgtau kt husben berkenaan keinginan aku nih jd dia tya lah aku nk beli ke x..klu aku btul2 nk dia bole g belikan..syg bini beb..haha

Xpe lah syg..I sabar dulu yek..nanti bila dh sampai waktu tu I mkn la byk2 biar pns 1 badan..ewah...ewah..haha...xpelah buat ms ni aku amik bau dan bayangkan aje..siannnn..

Semoga doa kami utk memiliki cahaya mata dimakbulkan..in sha Allah..aminnn

Thursday 14 November 2013

Sakit Pinggang

Assalamualaikum...

Arini baru CD17 tp dh start sakit pinggang mcm nk period..badan pun asik lemah x larat jer...aiyoooo apa sudah jadi ni...perut pun rasa x sedap je...

Sejak 2 menjak ni asik lupa je...semalam rebus buah zuriat lupa nk ttp api dapur..nasib baik x hangus...adakah faktor usia atau emosi aku yg  x stabil lg...arini pulak lupa yg ari kamis kene pakai baju batik..aku igtkan arini ari rabu...tgk kalendar 14/11/2013 bersamaan hari KHAMIS..huhu...tp rasa sekejap plk mggu nih..apa2 pun jgn la aku jd pelupa...

Setakat ni usaha TTC aku masih berjalan seperti biasa dengan mengambil asid folik,jus pati delima, minum air rebusan buah zurian dan minum susu anmum materna..aku juga teruskan usaha utk mengejar impian aku dengan makan kurma setiap hari..makanan sunnah..sebelum ni ade je dlm peti ais tp x mkn2 pun..time igt baru mkn tp sekarang aku kne disiplinkan diri utk amalkan makan kurma..

Semoga segala usaha aku diberkati Allah swt dan makbulkan doa hambaNYA...aminnn...

Tuesday 12 November 2013

Rebusan Buah Zuriat

Assalamualaikum...

Usaha TTC aku masih diteruskan tanpa ada rasa putus asa..sebab bg aku rasanya baru skit usaha aku jika nk dibandingkan dgn org lain..folic acid..anmum materna..pati delima...dan kali ni aku cuba lg minum air rebusan buah zuriat..



Sblm ni aku dh pernah minum air nih..sblm buat rwtan iui tempoh hari pun aku ade minum..usaha aje kan..sblm ni mmg susah sgt nk mengerjakan buah ni sbb sgt kerad dan memerlukan peralatan serta tenaga yg kuat

..tp kali ni laki aku sng plk kerjakan buah ni..klu sblm ni amik masa yg lme tp kali ni x sampai 5 minit pun..aikkk pelik jugak aku..biasa dh mcm buruh kasar nk bina rumah..ketang ketung bunyi..tp kali ni mmg kami sggh hairan sbb sng sgt..mg ade hikmah disebalik kjdian..mg sng lekat benih ni dlm rahim aku..in sha Allah..aminn..


Sunday 10 November 2013

Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum...

Antara usaha aku yg tgh berTTC ni aku cuba minum Pati Delima Gulsan..sebenarnya aku dh lme dgr psl delima ni tp blm tergerak hati lg nk cuba..aku search nk tau  info2 dan khasiat minuman ni supaya aku mudahkan aku utk cara minum dan mengetaui serba sedikit psl pati delima nih..



















Aku juga try ni utk bersihkn darah selepas keguguran aritu..aku beli di Aeon Tmn Equine RM20..minum 1 sudu pg dan mlm..aku minum camtu je x campur air pun..mulanya mcm sukar je bg aku sbb aku mmg x suka benda2 minum trs cmtu especially ubat batuk..tp oleh kerana inginkan zuriat dan slh satu usaha aku gagahkan juga minum trs camtu..

Rasanya cmner? Ermmmm....masam manis smua ade..dlm bape minit baru aku minum air masak..kita usaha kan mne tau Allah  perkenankan usaha kita dan makbulkan doa kita..aku bkn letak harapan yg tggi kt pati delima ni sbb kita hya merancang...

Banyak khasiat minum pati delima ni..mcm2..tp aku just amik tuk khasiat yg mmg direct tuk golongan yg berTTC..antara khasiatnya ialah:-

1. Meransang tenaga batin
2. Menguatkan sistem pertahanan badan
3. Melawan kanser payudara
4. Merendahkan tekanan darah
5. Menstabilkan peredaran darah
6. Mencuci darah kotor

Haaa...bagus kan..tp apa2 pun smua berserah pada Allah swt..pati delima ni boleh teruskan minum sama ada kita tgh period atau sedang hamik. Sebabnya kalau kita sedang hamil, ia bagus utk perkembangan otak bayi dan baik utk mencantikkan kulit bayi..jd klu ade rezki aku lekat insyaAllah aku akn trskn minum pati delima ni..

Semoga usaha aku membuahkan kejayaan dan diberkati serta dimakbulkan Allah swt..insyaAllah..aminn...

Saturday 9 November 2013

Bayar Nazar


Sblm aku buat rawatan iui suamiku pernah bernazar yg kalu aku berjaya mengandung dia akn botakkan kepala..itupun lps aku positif peknen br aku tau..dia rahsiakan..hehe

Tp bila aku keguguran dia tetap kene bayar ape yg telah dinazarkan..sbb nazar ni kira mcm sumpah janji niat kita bila kita dpt ape yg kita mintak..x bole langgar..berdosa..

Jadinya nak atau xnak suamiku harus bayar nazarnya iaitu botakkan kepala..ni la rupanya...



















Tahniah syg..walaupun masih belum rezki kita tuk bbergelar ibu dan ayah tp nazar tetap nazar..tu tggjwb kita sbgai umat islam..

InsyaAllah nti tiba masa rezki kita yek..same2 kita doakan..aminn..






Friday 8 November 2013

Habis Pantang

Arini darah dh xde dh kering..so boleh la mandi wajib dan tunaikan tanggungjawab sbgai org islam..

Yahoo..hooraayyy...arini jugak dh kira abis la tempohnya aku berpantang..sekejap je dlm 10 hari camtu je..ye lah aku keguguran aritu pun usianya br 5mggu..so xyahlah nak pantang sgt kan..cume ais dan benda tajam mmg aku pantang lg la..

Walaupun aku dh x berapa pantang sgt tp angkat2 berat tu mmg aku elakkn la..maklumlah risau jugak kan..yelah rahim masih baru dan x berapa kuat lg kan..lgpun x elok org pompuan angkat benda2 berat2 nih.tp klu dh terpaksa nk buat cmner kan..

Lepas ni aku fokus pada usaha yg seterusnya untuk merealisasikan hasrat bergelar ibu..buat sementara masih baru keguguran ni aku cume makan folic acid je..ubat ni mmg bagus diamalkan tuk persediaan mengandung..

Selain tu aku minum susu anmum materna perisa coklat..ini pun satu usaha jugak kan. Aku minum mlm je sblm tdo..ade tulis kt kotak susu ni bkn sje tuk ibu mengandung tp ia jugak sbgai persediaan tuk mengandung..

Okeylah nti sambung lg yek...

Thursday 31 October 2013

Keguguran

Ari selasa 29/10/2013 ptg tu perut sakit menyucuk2...akhirnya mlm tu aku keguguran pada usia kandungan 5 minggu..sedih memanglah sedih tp aku dh bersiap sedia sbb doc dh bgtau aku bakal keguguran..aku redha ujianMu Ya Allah..sudah ketentuan aku sempatmengandung hya 5 weeks..alhamdulillah....

Sakitnye sungguh aku xtahan..sampai terbongkok2 aku g toilet bila rasa ade darah keluar..masuk toilet aku duk bercangkung sbb klu ''benda''tu keluar mesti ats lantai so aku bole tgk rupanya mcm mana..sakit x tahan selagi ia tidak keluar..aku teran2 pun x keluar..hya keluar darah je..

Dh cuci aku bgn dan baring sambil sapu minyak pns kat perut dan pinggang..petut still lg memulas senak cramp senggugut...semua ada..aku baring mengiring x kena..terlentang pun x selesa jgk..tak lme lps aku sapu myk pns aku terasa cam ade sesuatu nk keluar..

Skali lg aku bgn dlm keadaan terbongkok2 lari ke toilet..aku mencangkung lg..akhirnya keluar darah berketul2 yg byk dan kantung skali kluar..mcm daging pun ade jugak..ms ni aku belek2 kantung tu..sedihhhhh...aku nk amik picture tp laki aku x bagi sbb katanya x elok..so aku x jd amik gmbr..

Tgh2 duk belek2 darah ketul n kantung tu kluar lg 2 ketul darah beku..glup...glup..eeee...terasa lega skit sakit yg menyucuk2 td..mgkin bila benda ni dh keluar br rasa hilang sakitnya..laki aku nk bwk g kecemasan sbb risau darah keluar byk sgt dan risau kalu ada lg tertinggal kt dlm..tp aku yakin smua dh keluar..lgpun perut dh lega..cuma sakit2 skit je kjp2 je..

Dh setel smua bermula lah aku berpantang..sapu myk pns kt kaki n pakai stokin..jln pun terkepit2..naik tgga pn slow2 jer..sapu myk pns kt perut dan baring...

Itu lah pengalaman keguguran aku..mmg sakit mcm org nk bersalin.aikk mcm tau2 rs sakit nk bersalin phdal x pernah pn rs bersalin..hehehe..mmber2 aku yg bgtau rs camtu aku hentam saje lah..tp kngan ini akn ttp dlm igtn aku..5 thn tggu..1st time mengandung dan keguguran pada minggu ke5..

Sekian....

Tuesday 29 October 2013

Ujian lagi...

Assalamualaikum...

Lme dh lupakn blog aku nih..bkn ape sejak 2 menjak ni mood xde..lgpun x sihat..bdn asik lemah je bila kt umh...mlm2 bdn pns je..ntah la..

Mggu lps g scan kt klinik msih x nmpk kantung atau ape2..doc ckp mybe msih br..tp aku dh rs mcm x sdp ati..doc suh amik darah sbb nk cek kadar beta hcg..kne cucuk lg...aduihhh...pastu kne repeat amik darah lg dlm ms 48 jam nk tgk kadar drh double atau tidak..aku redha aje la..

Doc risau klu aku pregnant luar rahim...takutnya...aku risau sgt..hrp2 result darah nti ok dan bkn ectopic pregnancy..aku pasrah dengan ape yg terjadi..smua ketentuanNya..klu korang nk tau ape itu chemical pregnancy korg google..byk info yek..kang klu aku slh explain lain plk jadi..tp smua yg TTC aku yakin korg tau..

Pg td doc call aku dan bgtau aku mmg pregnant tp chemical pregnancy..aku dh agak dh sbb aku test upt dpt 1 line je walhal sblm ni asik dpt double lines walaupun samar atau kabur..aku diminta stop mkn duphaston and utrogestan supaya akn keluar dgn sendirinya..

Start tghari perut mula sakit senak cramp smua ade..x selesa nyer..menyucuk2..td jugak ade brownis yg menandakan aku bkl bleeding..aku sedih sbb dh tggu 5 thn tup2 aku akn keguguran..tp aku x bole tolak takdir Yang Maha Esa..mungkin blm rezki tuk bergelar ibu..Allah nk bg yg terbaik tuk aku..aku redha dan pasrah terima ujian dan dugaan yg dh tertulis utk aku..

Ya Allah aku hya dpt merasa pregnant cuma tuk 5 weeks shj..singkat sungguh namun aku kne terima seadanya dan rasa gembira juga sbb ini menandakan aku boleh preggy walaupun cuma seketika..

Thursday 17 October 2013

Alhamdulillah... Positif

Semalam aku repeat test lg dan kuar line samar2 jugak sama mcm sebelum ni tp lg terang..aku mula rasa ada keyakinan sikit sbb line makin terang..

Dan pagi tadi aku test gune clearblue...dan keputusannya....syukur alhamdulillah....Ya Allah Kaun telah makbul dan perkenankan doa hambaMu ini..syukur sgt2..

Wednesday 16 October 2013

UPT TEST DPIUI13

Ari isnin lps ari ke13 iui..doc ckp ari ke 14 br test tp laki aku pulak yg x sabar suh aku test awal..aku ade perasaan yg x yakin dan takut kecewa sbb aku ade rs macam tanda nk period..aku xnk buat lg sbb masih awal dan nk tggu 3 mggu br nk buat...tp dah kne paksa..siap byk kali igtkn lg tuk wat test..aduihhh...

Laki aku ckp test aje..klu positive ade rezk8 alhamdulillah. .klu xde rezki kita cuba lg..dan malas nk bising2 aku ikutkan je..maka  dpiui 13 aku dh wat upt dan aku xnk tgk result tu..aku kasi kt husben aku suh tgk dan kuar 2  lines tp 1  line kabur..aku sggh x percaya sbb dlm hampir 5 thn aku dh buat byk kali upt tp x pernah dpt double lines..aku sggh teruja..tp dlm keadaan teruja tu aku terfikir kerisauan..



Ye lah aku takut kalau result tu just chemical pregnancy ke..takut jugak..lgpun mcm awal je..dan lg 1 aku fikir mybe upt tu rosak ke..dan mcm2 lg yg aku fikir selagi belum cimfirm..husben aku ckp esok kita test lg tgk line dia cmner..adakah masih sama atau  makin terang...

Itulah gambar yang aku amik tuk buat kenangan..harap2 ade sinar cahaya dan harapan kami utk mmenjadi ibu dan ayah..insyaallah. .aminn...Ya Allah..Kau makbulkanlah permintaan hambaMu  ini..aminn

Tuesday 8 October 2013

7DPIUI

Arini 7dpiui..rs lmbtnye masa berjalan..perut dh x sakit dah..start ari ke 5dpiui dh bole jln laju skit..klu x..jln slow2 je mcm org dlm pantang sbb klu jln laju akn rs senak perut..naik turun tgga pn dh bleh lajy..tp walaupun dh sihat pemakanan ttp kne jg...x bole main ikut suka nk telan..klu bab pedas n tajam tu aku tau la nk elak...tp klu bab mknan berangin aku xtau nk elak cemana..yelah aku xtau mknn tu jenis berangin ke x..tp xpe kot...

Hari ke 7dpiui ni dlm perut aku rs mcm panas je..xtau la nape..rs kembong2 pun ye jugak..aku salah mkn ke? Entah lah..tp nipple aku ttp sakit sampai sekarang..x bole sentuh..sakit...husben akuvada tgur yg nipple nmpk besar..mybe disebabkn hormon kot..ye lah asik mkn ubat je..

Dan yg menjadikan aku musykil ialah bila aku masukkn ubt utrogestan melalui vagina tuh asik meleleh keluar balik..sedangkan lepad akumasukkn tuh aku dh baring dekat 1 jam..kadang2 lebih 1 jam aku baring..nurse ckp lps dh mskkn tu kne baring dlm 15-20 minit je sbb takut jatuh balik...tp aku dh over dh tu..
ttp kuar balik jugak..tp xde lah kuar sebijik tu..ubat tu dh pecah kat dlm cume meleleh keluar je..

Okey lah..apa2 pun aku berserah padaMu Ya Allah..Kau makbulkanlah permintaanku ini...InsyaAllah. ..Aminn..

Friday 4 October 2013

3DPIUI

Arini dh ari ke 3 aku mc..bosan pulak duk umh sorg2 xde ape nk buat..nk kemas umh risau plk takut kerja kuat..nk cuci toilet lg la x bole nye..aishhhh...sabo aje lah..

Keje berat x bole..mkn pun kne pantang jugak..ye  lah risau kan..nk tggu 2 weeks rs mcm 2 thn..

Tp kerisauan melanda sbb aku sakit p*t*ng..biasanya klu sakit nih tanda aku nk period..ohh tidakkkk....tp aku pun mmg xnk mgharap takut keciwa..

Sok dh nk kne g kls..rs mcm kjp je cuti..esok jugak kls aku sampai mlm..mcm mne aku nk masukkn ubt utrogestan kt tutttt...sbb lps mskkn ubt ni aku kne baring dlm 15-20 minit..xbole trs bgn..yelah takut keluar balik ubat tuh..no point la kan...

Harap2 smua berjln lncar..

Wednesday 2 October 2013

Rawatan IUI

Alhamdulillah...hari ni tibalah hari yg ditunggu tunggu untuk jalani proses IUI..terus naik tgkt 6 fakulti perubatan upm..pukul 9.30 dh sampai kt makmal o&g atau dikenali RRU UPM..dh sampai2 tgk pintu kunci pulak..xde org..call tp x pick up..so tggu kt luar jap..dlm 10minit staff sampai..staff srh kami pergi breakfast dulu dlm pkul 11 pg naik balik..

Jam dh menunjukkan pkul 10.50 pg..so aku trs ajk husben naik ats..trs staff bg botol utk proses pengumpulan semen..dlm pkul 12.30 siap sperm washing..staff tu ckp sperm dh pilih yg berkualiti..byk...senyum simpul husben aku..bangga sgt la tuh..menyampah...hehehe

Dlm pukul 1 Dr.Maiza pun sampai trs isi form utk claim kos perubatan aku dan ubat2 smua lah..nurse Pn.Suhana bg kain kt aku dan bersedia utk jalani proses iui..nurse bg kata2 smgt supaya aku x risau..suh bertenang..baik pn.suhana ni..suh aku byk bc doa supaya kjyaan iui ni milik aku..

Doa dan zikir x putus2 aku baca..sejuk dlm bilik tu buat aku menggigil..sabar...doc n nurse tgh buat preparation..proses pun bermula..doc mintak izin nk masukkn spekulum..aduihhh..senak jugak la.tp aku boleh tahan lg..kuatkan semangat..sabar dan trskn bc ape yg patut..

Doc bgtau alat spekulum tu kecik x nmpk jalan nk masukkn sperm..aku dh risau..aku takut rahim terbalik..aku trs tya doc dan doc ckp rahim aku ok cume ke bawah skit..lgpun aku x pernah bersalin dan ni 1st iui so jln sempit skit..doc masukkn jari tuk nk cari jln..aduihhh sakit lg..dan doc ckp ade skit bleeding..aku dh cuak tp redha aje ape yg doc buat..doc kan buat ape yg terbaik..so aku kne terima..

Lepas tu doc keluarkan balik spekulum yg saiz kecik tu sbb nk tukar ke saiz yg besar..terkejut jugak aku tp biarkan..trskn bc doa dan zikir..bila doc masukkan spekulum yg bsr tu br nmpk jalan..so doc srh aku get ready sbb nk masukkan sperm husben..lega...

Dlm 30 minit camtu..proses siap..doc tunjuk tiub pjg yg digunakn tuk msukkn sperm..mak aiiii...pjgnyer..ptt sakit..tp sakit dan senak iui x seteruk sakit n senak buat HSG dulu..mmg serik buat HSG..sakit n senak yg amat sgt..

Sebelum spekulum dikeluarkan..doc mntk nurse scan perut aku sbb nk tunjukkn aku sperm husben dlm rahim aku..lps dh nmpk..br doc kuarkn alat tu..lega sgt.harap2 sperm tu trs menuju mencari telur aku..so selesai lah sudah proses iui aku..

Doc suruh aku baring mengiring ke kiri sbb telur aku byk belah kiri..nurse tlg letakkn bantal bawah punggung supaya sperm trs gerak ke telur..dlm 30 minit jugak lah..aku dh mula rs nk terkencing tp ms x sampai 30 minit lg..adiuhh cmner nih..kang terkencing aku ats katil nih..ohh tidakkkk...aku sbr...xnk la nti ade effect plk kan..tggu aje la..tahan kencing..

Dlm pkul 2.30 nurse masuk bilik dan bgat aku dh bole bgun...fuhhh..trs aku tya nurse bole x aku nk g kencing..nurse ckp bole je..apelg...trs kuar g toilet..tgk muka husben dh bosan tggu kot pastu tgk ade 3 psgan nk buat ape ntah..mybe tvs atau iui mcm aku jgk..smua psgn muda mcm aku jugak...aku muda ke? Haha....muda la sgt...

Fuhhh lega bila kita dh lepas smua neban yg ditanggung..setelkan byrn..nurse pesan mkn duphaston 1 bijik 3 kali sehari..pkul 8 pg..4pm dan 10pm..dan aku tgk ade lg ubat2 yg aku kne amik..nurse tnjuk ubat utrogestan..nurse bgtau ubt ni bkn makan tp kene masukkn kt dalam vagina..haaahhh berkerut muka dahi aku bila dgr nurse ckp kne masukkan 1 biji 3x sehari..

Duphaston dan Utrogestan ni utk kuatkan rahim..utrogestan ni 3boxs rm150..kcing..kcing..duit lg..xpelah aku kan bole claim blk xde lah terasa sgt kan cume rasa risau nk masukkn ubt tu dlm tutttt...nurse ckp tggu 14hari klu x period br bole buat upt...sabarrrr..penantian satu penyiksaan..klu aku period mknanye gagal...ohhh tidakkk..tp aku xbole tolak takdir..kne trima qada n qadar...

Ya Allah..Kau permudahkanlah dan berkatilah usaha hambaMu ini..aku bermohon agar ada rezki aku tuk bergelar sorg ibu..insyaallah aminnn...

Tuesday 1 October 2013

Demam....

Start dr smlm aku dh rasa mcm nk demam..sakit tekak dan hidung..adakah ni effect suntikan humog dan pubergen...mungkin ya kot..esok dh nk buat iui..harap xde mslh lain kecuali demam ni jer..mlm ni jgk dh mula batuk n selsema..badan panas je..tdo psg econ pun mcm x rasa je..husben nk peluk aku x kasi sbb panas...

Hari ni jugak hari ketiga aku dan husben minum air rebusan buah zuriat...smoga berkat buah dr tanah suci ni membawa sinar dlm rumahtangga kami..insyaallah. .aminnn

Debaran Kian Terasa

Esok CD15 buat IUI kt Fakulti Perubatan UPM..pkul 9 pg sperm washing dulu..dalam pukul 2 ptg proses iui...amat terasa debaran..yelah ini first iui..smoga iui ni first n last...insyaallah. ..aminnn

Monday 30 September 2013

Suntikan Pubergen

Hari ni CD13 dan masa tuk buat TVS lagi..Appoinment pukul 9.00 pg di Klinik O&G Hospital Serdang..Saje kuar lambat skit sbb nak elak jem la kononnya..tp hampa jln ttp jem jugak walaupun dh pukul 9.30 pg..xpe lah nk buat mcm mana kan...so trs cr parking..inilah saat yg paling sakit ati nk cr parking kat hospital..mmg susah dan kne pusing2 mencari...tgk jam dh nk pkul 10.00 pg..alamak..mcm lambat je...Akhirnya ada sorg pakcik nk kuar..Alhamdulillah dapat jugak parking...trs masuk je..jln laju2 nk g scan..

Masuk aje dlm klinik tgk orang mak aiiii...ramainye..ye lah hari ni hari isnin pagi pulak tuh..mmg ramai ler..tp aku x payah risau sebab xyah tggu turn pun..Dr Maiza dh pesan minggu lps nti dtg aje jenguk bilik no.8..Sampai2 trs jenguk bilik no.8, dan kebetulan Dr Maiza tgh discuss dgn student dia..dan Dr Maiza perasan jengukan aku tuh..heheheh and then, Dr Maiza trs bgn menuju ke arah aku dan trs suruh aku g toilet tuk kencing...Setel sume urusan di toilet aku trs ke bilik no.8...Dr Maiza dh ready nak buat TVS kat aku..

http://rinazainal6032.blogspot.com
Peralatan untuk TVS

Berita gembira.....telur belah kanan ada 1 biji dh membesar saiz 18mm..check sebelah kiri pulak ade 3 biji saiz 19mm, 21mm dan 22mm...wowwww Dr Maiza ckp "GOOD RESPOND"...Alhamdulillah kira ckp la nk proceed IUI..aku ape lagi syukur gembira sedih smua ada..Berkat tambah dos Humog 150iu dan berkat air rebusan buah zuriat...

So, Dr Maiza ckp dh boleh buat IUI pada hari rabu 2/10/13..dan mlm ni kene cucuk PUBERGEN 10,000iu utk pecahkan telur tepat jam 10.00 malam...kene cucuk lagikkkkk...aduihhhh...Tp nak amik ubat ni kat Makmal O&G Fakulti Perubatan UPM..so nk jalan kaki mmg jauh la..mmh kene drive jugak...Dr Maiza dan Nurse Pn Suhana mmg baik..soft spoken dan mmg bagi penerangan yg lengkap la...Terima kasih ye..moga Allah saje yg mampu membalas jasa anda..

Maka bergerak lah aku ke tempat yg hendak dituju..sampai makmal ada staff dh sedia..Nurse Pn Suhana dh maklumkan bahawa aku dtg tuk amik ubt pubergen..Staff ni pun baik...suka dan gembira aku layanan Staff kat Makmal O&G Fakulti Perubatan UPM nih..Kos pubergen RM120.00.

http://rinazainal6032.blogspot.com
Pubergen 10,000 iu cucuk pukul 10 malam

Aku pulak lupa nak bawak ais bag, so kene bayar deposit tuk dapatkan ais bag baru..tp xpe..nti dh pulangkan aisbag tu akn dpt balil duit...dh setel smua trs balik umh dengan perasaan yg gembira..trs call husben bgtau telur dah cantik n dh bole buat IUI..tp aku xnak excited sgt sbb takut nanti kecewa..harapan ttp tinggi menggunung utk mendapat kejayaan IUI pertamaku ini..Ya Allah...Makbulkan la dan perkenankan lah doa hambaMU ini...InsyaAllah..Aminnn....

Rebusan Buah Zuriat


Ni ikhtiarku yg terakhir tuk besarkan saiz telur aku...Minum air rebusan buah zuriat..baca dari blog2 lain kebanyakan bgtau buah zuriat utk kesuburan..try aje lah...kebetulan bln 6 aritu abg ipar aku g umrah..so dia ade belikan 1 bungkus buah zuriat utk aku...tp aku xtau kenapa dr bulan 6 hingga semalam aku mcm xde perasaan nk minum atau nk usaha cara buah zuriat..ntah la aku pun xtau knepa.

Tp disebabkan aku risau telur aku mcm x membesar, tiba2 aku teringat buah zuriat. So, semalam aku mintak husben aku "kerjakan" buah zuriat tuh..mmg susah sgt n memerlukan kudrat lelaki. Sebab peralatan yg digunakan agak mencabar tuk dapatkan hasilnya..dh mcm org bertukang nk bina rumah plk duk ketuk2 buah tuh..Jom layan gambar...

http://rinazainal6032.blogspot.com
kene guna hammer

http://rinazainal6032.blogspot.com
isi buah zuriat

http://rinazainal6032.blogspot.com
isi tadi kene ketuk lagi tuk belahkan

http://rinazainal6032.blogspot.com
setelah dipotong
http://rinazainal6032.blogspot.com
ini lah hasilnya

Setelah berhempas pulas...akhirnya dapat jugak hasil buah zuriat ni..mmg susah giler nk dapatkan isi nya..Lepas dh potong kecik2 isinya..mulakan lah proses merebus isi buah zuriat ni tadi..rebus agak2 dalam 30 minit je..air pulak x kisah byk mne..main agak2 je..api biar pelahan tau...

http://rinazainal6032.blogspot.com
Rebus sampi bertukar warna


http://rinazainal6032.blogspot.com
Air Rebusan Buah Zuriat

Ini lah hasil air rebusan buah zuriat td..mcm ait TEH O je...x sangka plk ngam2 dapat 2 gelas..bolehlah sorg 1 gelas aku n husben aku..Rasa air ni tawar je..dan ade rasa kelat2 skit mybe mulut aku je kot..tya husben dia ckp xde rs apa2 pun..Baca la doa2 dan selawat mohon padaNYA semoga usaha kami diberkati.

CD13 nak TVS lg...harapan setinggi gunung..InsyaAllah Aminnn....


Saturday 28 September 2013

Last cucuk...

Pg ni last cucuk humog 150iu..harini sakit sgt2 bila ubt tu dh msk..ke doc slh cucuk nih..hihi..xkan la..

Ari isnin scan telur lg..CD 13...hrp2 telur dh bsr..mcm dh x sggup nk kne cucuk humog lg..rahim dh cantik..tlur tlg la cantik jugak..hukhuk

Thursday 26 September 2013

TVS Dan Tambah Dos Suntikan Humog

Hari ni CD9 kene buat TVS dan suntik Humog 75iu..tapi kali ni bkn buat dekat Hospital Serdang tp kat Makmal O&G Fakulti Perubatan UPM..nasib baik pernah datang makmal ni dulu masa nk buat sperm test husben..klu x..mesti melilau gak la nk mencari tempat..

Alhamdulillah senang dpt parking..syukur..janji ngn doc pkul 12.00 tghari tapi aku sampai awal 11.30 pg dh sampai..xpe lah biar sampai awal supaya x terkejar-kejar..pintu makmal kunci la pulak..ni maknanya xda org la...jenuh la menunggu depan pintu tu..boring jugak tgu nih snap pic je lah..hihi


        http://rinazainal6032.blogspot.com
      Makmal O&G Fakulti Perubatan UPM
http://rinazainal6032.blogspot.com
Macam-macam Makmal ada

Tepat pukul 12.00 tghari ade 2 orang staff sampai dan bukak kunci..so lega la bole tggu kat dalam..sejuk skit..Tp doc x samapi lg..Staff tu ckp doc kat Hospital Serdang..menunggu la lagi...layan FB n Wassapp supaya x boring..nk tgk TV xde citer yg best pulak.

Jam menunjukkan pukul 12.30 tghari..tiba2 tgk pintu terbukak...yeayyy...doc dh smpai..so doc suruh pergi kencing dulu sebelum nk buat TVS..Lepas tu mula la aktiviti scan kt bawah tu...nak tgk saiz telur ada perkembangan atau tidak..tp lagi sekali mendukacitakan dan aku sgt sedih bila doc ckp telur kecik lagi..hnya 0.9, 0.8, 1.0 je...doc pun pelik kenapa x besar walhal dh suntik Humog 75iu 3 hari berturut-turut..so doc ckp kene tmbah dos ubat lg...berita gembira bila doc ckp rahim dh tebal skit..sebelum ni 3.4 tp harini 5.5..alhamdulillah..Ketebalan rahim memainkan peranan sewaktu kehamilan..klu rahim nipis risau keguguran..

Ni la ubt yg kene bawak balik td..ade 4 kotak Humog 75iu..kene cucuk 75iu x 2 = 150 iu...uuwwwaaa sakitttttt....hya mereka yg merasainya je yg tau..dulu pun ade jugak org ckp HSG x sakit just senak2 je..so aku cool je la..tp bila dh rasa sendiri..mak aiiiii...serikkkk...xnk buat lg...sakit yg amat..betul la kan setiap org lain tindak balas tubuh badan kan..so x same sakitnya..

Humog 75 iu
Humog ni kene cucuk 150iu utk hari jumaat dan sabtu..ari ahad rileks..CD 13 iaitu hari isnin kene buat TVS lg...harap2 telur2 ni berkembang..oh telur...jgn la bagi kesedihan lg kt aku...tolong la besar dgn sihat dan cantik....InsyaAllah aminnn...

Kos rawatan setakat ni 7xRM75 = RM525 + RM5 (Ais Bag) + RM20 (minta klinik swasta tlg cucuk kan)..so total RM550.00

Ok lah nti aku sambung lagi ek..

Bye...